Bagaimana mengenal mutiara asli?

Itu adalah persoalan penting dalam menilai sesuatu mutiara itu bernilai atau tidak. Pelbagai kaedah boleh digunakan bagi memastikan sama ada ianya adalah asli ataupun tidak.

Kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggeselkan mutiara tersebut dengan gigi anda. Jika gigi anda terasa seolah-olah berpasir dan gigi anda terasa sedikit ngilu maka sah ia adalah mutiara asli.

Kaedah kedua ialah dengan melambungkan mutiara tersebut bagi merasa beban berat mutiara tersebut. Mutiara asli akan terasa sedikit berat berbanding mutiara tiruan.

Bagaimanapun kaedah paling popular ialah dengan membakar mutiara tersebut. Jika melecet kesan dari pembakaran tersebut maka sah ia bukan mutiara asli. Pembakaran tidak akan mendatangkan sebarang kesan terhadap mutiara.




 Jenis Mutiara

Ini adalah sebahagian daripada bentuk mutiara yang kebanyakannya didapati secara komersial terutama di sabah ni. Ada lagi bentuk yang lain, tetapi yang terdapat di bawah ni adalah yang lazimnya dijumpai di jual di sabah ini.

1. Mutiara Corn

jenis3.jpg
Bentuk mutiara ini adalah seakan biji jagung.

2. Mutiara Potato

jenis1.jpg
Mutiara ini mempunyai bentuk seakan buah potato. Bentuknya adalah hampir kepada bulat sempurna.

3. Mutiara Beras

jenis2.jpg
Mutiara ini lonjong seakan-akan biji beras.

Ketiga-tiga bentuk ini adalah yang biasanya diikat untuk dijadikan sama ada rantai mahupun gelang mutiara. Banyak lagi bentuk lain yang dihasilkan, bagaimanapun ia kurang digunakan dalam pembuatan aksesori mutiara.

 
Make a Free Website with Yola.